Want your
own Fotopage?








 
Afik's FotoPage

By: Afik Yusof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 11-Apr-2007 16:29 Email | Share | Bookmark
Gambar Haji 2006/2007 KT19 Malaysia - Hajj Photos 2006/2007

Kak Yusnida, Kak Leha, Pak Cik Tajri, Pak Salleh, Abg Hayazi
Pak Cik Suhaimi, Kak Rubi, Kak Leha & Pak Cik Tajri di Arafah
Suasana pada akhir November 2006 di Arafah
Pak Salleh dan Afik (That's Me) di Arafah - Hujan Gerimis
Khemah di Arafah belum didirikan pada akhir November 2006
Suasana di Mina pada akhir November 2006.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Bertuah rasanya diri ini dapat menyempurnakan tanggungjawab kepada Allah s.w.t.

Saya, Afik Yusof dari Kuala Lumpur. Setelah bertahun-tahun menjalani hidup tanpa tujuan yang benar, akhirnya saya dikejutkan pada tahun 2005 oleh Allah s.w.t. melalui cara Nya yang tersendiri. Benar sekali kehidupan ini lebih bermakna jika kita menghargai setiap detik yang dianugerahkan kepada kita. Saya hanyalah insan biasa dan berpelajaran tetapi bernasib baik kerana diberi peluang untuk meniti hari-hari akan datang dengan lebih tabah, matang dan bertawakal.

Hati ini berubah setelah menjejakkan kaki di tanah suci Mekah buat pertama kali pada bulan Jun 2006. Setelah menghayati erti yang tersurat di dalam al-Quran dan menyelami diri sendiri selama 28 hari di Mekah, saya sedar akan kekurangan dan perubahan positif yang boleh membantu menghidupkan semula jiwa yang kian mati.

Setelah pulang ke Malaysia, saya bergegas ke Tabung Haji untuk membuat permohonan ke Mekah pada musim 2006/2007. Alhamdulillah, niat suci dibenarkan Allah s.w.t.

Saya berlepas pada 19 november 2006 bersama-sama rakan-rakan KT19 Tabung Haji Travels. Berikut adalah gambar-gambar yang boleh dikongsi bersama.

Coretan ini akan disambung lagi....

Jazakallah.


p/s: Mohon bantuan rakan-rakan KT19 untuk upload gambar atau e-mail terus kepada saya. Saya perlukan details - nama, alamat, nombor telefon dan email untuk rekod.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4007038.ip-198-27-81.net